ANZALNA DILANTIK DUTA EKSKLUSIF NR

Pelakon Anzalna Nasir telah dilantik sebagai duta jenama produk NR selama setahun bermula 25 Mac 2019.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh MISB Resources Sdn Bhd di Bilik Redang, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources Sdn Bhd, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakkah, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini.

“Malah aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikan ini.

“Anzalna komited berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarganya sejak dua generasi lalu. Kini tiba masanya beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.

“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melnatik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” kata Syed Hidzir.

Sementara itu, Anzalna pula memberitahu dia amat gembira dan teruja dapat bekerjasama dengan NR.

“Saya memang menggunakan produk keluaran NR. Tak sangka mereka telah melantik saya sebagai duta mereka.

“Sebenarnya saya ni takut nak ambik ubat dan produk sembarangan. Tapi produk NR saya tidak takut kerana yakin dan percaya dengan kualiti produk keluaran NR.

“Produk keluaran NR adalah produk yang keluarga saya gunakan sejak dulu. Sebelum ini ibu, kemudian kakak dan kini giliran saya menggunakan produk keluaran bumiputera ini.

“Saya yakin dengan produk ini selepas mendapat penerangan daripada ibu dan kakak serta membuat kaji selidik di internet dan rata-rata memilih menggunakan produk jenama NR.

Tambah Syed Hidzir, sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin dan kecantikan.

Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan keterapan yang telah ditentukan Kementetian Kesihatan Malaysia.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!