Aneka juadah bufet, Rebung Taman Botani tawar harga murah!

`KAKI MAKAN’ dan pelanggan yang nak berbuka puasa di restoran dengan kaum famili dan kawan-kawan, bolehlah singgah ke Rebung Taman Botanidi Kuala Lumpur.

Restoran yang sudah lebih 10 tahun diusahakan dua orang sahabat baik berasal dari Negeri Sembilan-Duta Kulinari Malaysia-Datuk Cef Ismail Ahmad dan Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Abdul Shukor  ini terkenal dengan selera lauk pauk kampung turut menyajikan bufet dengan pelbagai juadah sedap sempena Ramadan tahun ini.

Pada sesi preview sempena bulan puasa ini sebelum ini, Cef Ismail  menyajikan hidangan nasi ulam, nasi putih, nasi lemak, aneka sambal, ulam dan juga lauk pauk masak lemak cili api, kari , rendang dan banyak lagi. Selain itu, penggemar bubur lambuk boleh menikmati keenakannya selain  hidangan pemanis mulut antaranya bubur durian juga kuih muih . Ada ikan, ayam dan kambing bakar juga! Tema tahun ini ialah Nostalgia  Sajian Desa.

Dan harga dikenakan semurah RM84.80 (dewasa) dan RM53.00 (kanak-kanak 5-11 tahun) sahaja untuk hidangan bufet! Sambil makan-makan akan dihiburkan dengan alunan muzik. Bagi yang nak bersolat selepas berbuka surau disediakan.

Nak buat tempahan berbuka puasa di sini boleh  menghubungi talian 03-2276 3535 atau 03-2276-2525 . Setiap hari dibuka pukul 6.00 petang untuk tetamu datang bermula tarikh 2 Mei  hingga 3 Jun.

Jom layan video wawancara URTV dengan Datuk Chef Ismail Ahmad. Apa bicaranya tentang tema dan sajian berbuka di Rebung Taman Botani yang disukai pelanggan berbilang kaum.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!