Anak CHOT (XOXO) meninggal dunia

Anak sulung kepada bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Chot daripada kumpulan XOXO telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi tadi. Bayi sulung yang diberi nama Muhd Sher Harraz mengalami penyakit injap jantung terbalik.

Berita sedih tersebut didedahkan oleh Chot atau nama sebenarnya, Hazmeer Hassan dengan memuat naik gambar pengumuman tersebut menerusi laman Instagram beliau, @chotxoxo.

“Dukacita nak maklum anakanda kami Muhd Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi dan jenazah akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka sebelum atau selepas Asar.

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz. Nyata Allah lebih sayang padanya,” tulis Chot pada gambar yang dimuat naik di Instagram beliau.

Takziah URTV ucapkan kepada seluruh keluarga Chot atas pemergian anaknya. Al-Fatihah…

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!