AMERUL AFFENDI, FENDY BAKRY, ZALIF SIDEK dan ADAM SHAHZ dalam drama DESTINASI UKHUWAH di TV1  

Suhaimi lakonan Amerul Affendi, berkelulusan dalam bidang perfileman, tapi disebabkan tiada kerja dia menjadi jurufoto pelancong, Hakimie (Fendy Bakry), penuntut bidang agama daripada universiti timur tengah namun tidak dapat habiskan pembelajaran, Erwan (Zalif Sidek), graduan berkelulusan sains makanan namun hanya bekerja di kedai makan, dan Hasif (Adam Shahz), seorang lulusan kejuruteraan tetapi terpaksa menjadi nelayan kerana menggantikan ayahnya yang sakit.

Kisah hasrat empat orang rakan karib menimba pengalaman dengan merantau sambil melakukan kerja-kerja amal dingkat sebagai plot kisah berkonsepkan roadmovie, drama bersiri “Destinasi Ukhwah” bersiaran mulai 31 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.

Menjadi antara rancangan terbaik dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pembuka tirai tahun 2019, 13 episod arahan Shuhaimi Zulkefli ini berkongsi cerita bila mana empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara mencari pengalaman.

Menjalani penggambaran di seluruh semenanjung Malaysia tetapi tidak termasuk negeri pantai timur serta ke Hatyai, Pattani, Naratiwat dan Yala, Thailand, pengembaraan mereka bermula dari Johor dan berakhir di Naratiwat, selatan Thailand iaitu di sebuah masjid bersejarah berusia lebih 300 tahun di situ.

Sedekad berpisah dan pertemuan tanpa sengaja memadamkan rindu di hati merapatkan kembali persahabatan mereka. Secara kebetulannya salah seorang daripada rakan mereka menghadapi masalah kewangan untuk membiayai perubatan bapanya yang sedang sakit. Bagi meringankan beban rakannya itu mereka sepakat untuk mencari sumber kewangan dengan mengadakan persembahan muzik di seluruh negara.

Malangnya, niat mereka tidak kesampaian kerana kereta mereka telah dilarikan ketika singgah di sebuah stesen minyak. Abang Jai telah menumpangkan mereka ke Balai Polis untuk membuat laporan. Seterusnya mereka membantu Abang Jai seorang pemuzik jalanan membuat persembahan. Usaha mereka berjaya menyatukan abang Jai dengan isterinya yang telah terpisah. Sebagai balasan Abang Jai menyerahkan keretanya beserta alat-alat muzik kepada mereka.

Perjalanan mereka diteruskan ke utara dan singgah di Melaka. Mereka membuat persembahan muzik jalanan untuk menampung keperluan kewangan mereka. Setelah menunaikan solat di masjid, mereka terserempak dengan seorang lelaki tua yang cuba disamun. Mereka berjaya menyelamatkan lelaki itu dan menghantarnya pulang. Lelaki tadi memberikan wang sebagai tanda terima kasih.

Mereka singgah di Negeri Sembilan membuat persembahan buskers di Dataran Seremban. Di sana mereka berjumpa membantu menyelesaikan masalah Faizal bila teman wanitanya Nadirah Nadirah mengandung anak luar nikah mereka. Mereka meneruskan perjalanan ke USIM menghadiri sesi uji bakat program hiburan. Di pertengahan jalan mereka membantu menukar tayar kereta bocor menyebabkan mereka tidak dapat mendaftar kerana lewat. Namun dibantu oleh salah seorang juri yang juga adalah lelaki yang dibantunya sebelum ini.

Dari Nilai mereka ke Putrajaya. Mereka cuba mengekori perompak kereta Erwan yang hilang di Johor. Ketika menumpang sebuah kereta mengelilingi Putrajaya, mereka baru menyedari mereka juga adalah perompak. Perompak telah menahan mereka di sebuah gudang namun mereka berjaya melepaskan diri. Seorang tua bongkok telah memberikan Suhaimi sebotol minyak ajaib. Sebagai balasan Suhaimi menyerahkan beg berisi wang yang mereka perolehi di Melaka kepada lelaki tua itu.

Erwan dan Hakimi yang melarikan diri daripada perompak telah sampai ke Kuala Lumpur dan menjadi pemandu pelancong warga India dari Mumbai. Sementara itu Suhaimi dan Hasif melakukan kerja kesukarelawan mengagihkan makanan kepada gelandangan. Keempat-empat mereka bertemu semula apabila Erwan dapat mengesan kedudukan Hasif dan Suhaimi melalui telefon bimbitnya. Ketika itu perompak berjaya menjejaki Erwan dan Hakimi untuk mendapatkan semula dokumen peribadi mereka.

Dari Kuala Lumpur menuju ke utara tanah air mereka menumpang Arif yang bekerja sebagai badut. Mereka berkongsi cuba menyelesaikan masalah rumahtangga Arif dan isterinya disebabkan jumlah pendapatan yang tidak seberapa. Dengan nasihat dan bantuan daripada mereka akhirnya ikatan perkahwinan Arif dan isterinya dapat diselamatkan.

Mereka kemudiannya membantu Abang Hilmi, OKU cacat penglihatan yang kehilangan wang tunai dan barang berharga ketika dalam perjalanan ke KLIA untuk menunaikan umrah. Simpati dengan nasib yang dialami Abang Halim itu, mereka telah bersetuju menghantarnya pulang ke Ipoh. Sesampainya di Ipoh mereka telah berusaha membantu Abang Halim mengumpul semula dana. Mereka lancarkan kutipan tabung dengan mengadakan persembahan buskers. Akhirnya usaha mereka berjaya dan Abang Halim dapat menunaikan umrah.

Empat sahabat karib meneruskan perjalanan mereka ke Pulau Pinang dan menumpangkan Che Wani yang ketinggalan bas. Mereka melawat rumah kelahiran Tan Sri P.Ramlee dan menghantar Che Wani pulang ke rumahnya. Ketika menginap di hotel berlaku salah faham tentang kehilangan wang yang diamanahkan kepada Suhaimi. Suhaimi merajuk dan membawa diri ke Pantai Merdeka. Dengan pertolongan Che Wani mereka bermaafan dan berbaik semula.

Seterusnya mereka berkhemah dan bermalam di Pantai Betong. Untuk persediaan makan malam, mereka telah membahagikan tugas mengikut kemahiran. Suhaimi berjumpa dengan orang tua bongkok yang pernah ditemuinya di Cyberjaya. Suhaimi hilang. Mereka diberitahu tapak perkhemahan mereka itu merupakan perkampungan bunian. Mereka mencari Suhaimi ditemui berada di dalam van dalam keadaan separuh sedar. Hasif pula mengalami tekanan jiwa kerana masalah keluarga. Dia meninggalkan rakan-rakannya dan membawa diri.

Suhaimi, Hakimi dan Erwan menjejaki Hasif yang mahu pulang ke Johor Bahru setelah diberitahu ayahnya dimasukkan ke hospital. Semasa pencarian, mereka bertiga membantu bakal pengantin menghantar mereka ke Alor Setar untuk majlis pernikahan. Sementara Hasif pula berusaha untuk pulang ke Johor dan kerana tiada wang dia menumpang lori barang. Malangnya lori tersebut bukannya ke Johor Bahru tapi sebaliknnya ke Pangkalan Kubur, Kelantan.

Hasif dibantu seorang lelaki yang sebenarnya seorang penjenayah dan dikehendaki polis. Secara sembunyi dia menghubungi rakan-rakannya untuk mendapatkan pertolongan. Lelaki misteri itu menceritakan perihal dirinya yang sebenarnya telah insaf. Dengan bantuan mereka lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.

Mereka meneruskan perjalanan ke Takbai, Thailand. Di Pangkalan Takbai mereka mengenali Siti Amirah dan menghantarkannya pulang ke rumah. Sebelum itu mereka berjalan di sekitar Pekan Takbai. Sekembalinya mereka ke rumah Siti Amirah, mereka mendapati kereta dan barang peribadi mereka hilang. Siti Amirah dan bapanya juga turut tidak dapat dikesan. Mereka mengesyaki telah ditipu dan berusaha untuk membuat laporan di Balai Polis. Mereka terpaksa bermalam di pantai dengan kelaparan.

Episod akhir mereka cuba menjejaki penjenayah sebenar dan Siti Aminah telah diculik. Hakimi tertangkap ketika cuba menyelamatkan Siti Amirah dan turut menjadi tawanan. Berjayakah mereka menyelesaikan masalah tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!