AMEERUL ASYRAF JATUH HATI DENGAN JANNA NICK

SIKAP ambil berat aktres muda manis, Janna Nick 23,  terhadap Juara Mr Planet 2017, Ameerul Asyrah , 26, dalam diam diam telah  membuatkan jejaka kacak gilaan ramai gadis ini,  jatuh hati.

Nampaknya, bukan golongan suami orang saja tertarik dengan Janna Nick bila kelibatnya muncul di TV, nah…si bujang kian popular juga sudah tertawan dengannya.

“Waktu saya demam, dia (Janna)  pesan , suruh  saya minum air masak banyak banyak. Dia caring (ambil berat).

” Dia juga banyak membantu saya ketika kami sama sama  berlakon drama Leftenan Jana (terbitan JS Pictures) yang sedang  menjalani penggambaran sekarang.

“Walaupun dia popular dia tak kedekut berkongsi ilmu lakonan. Melihatkan sikap dan cara Janna Nick dalam kerjasama pertama kami, buat saya jatuh cinta, “kata Ameerul Asyraf kepada URTV Online.

Ameerul terlibat dalam penggambaran Leftenan Jana terbitan JS Pictures

Ameerul yang sebelum ini pernah membayangkan mahu punya kekasih dan bakal isteri secantik Erra Fazira dan Neelofa, kini tertawan dengan sikap Janna Nick itu.

Apapun, Ameerul Asyraf tidak  menaruh harapan cinta Janna dengan pengakuan ini.

Baginya cinta bukan paksaan. 

“Andai  suatu hari nanti ada jodoh sesama artis, saya tak ada masalah,  asalkan pasangan bijak,   caring  selain dapat menerima diri dan keluarga terutama ibu.

“Tak kira siapa jodoh, yang penting,  boleh terima famili terutama ibu saya macam ibunya. Saya  juga tak mahu mrmbelakangkan ibu, saya mahu restu ibu dan ayah dalam cinta dan  kahwin,”akuinya.

Baguslah macam itu, kedua ibu bapa jangan diketepikan dalam soal jodoh. Doa orang tua, penting untuk anak mereka. 

Ditanya, pandangan Ameerul, komennya,  ramai wanita suka berpasangan dengan yang lebih  berusia, ini jawapannya, ” Pada saya perempuan kena cari pasangan lebih tua berbanding lebih muda. 

“Kalau lelaki muda muda ni, bimbang ada yang mungkin tak matang lagi  atau masih inginkan hiburan,”akuinya.

Ameerul yang masih single bagaimana mahu fokus kerjaya lakonan dulu. Beliau juga dengarnya tersenarai beraksi dalam drama terbitan dua produksi tempatan.

“Saya ditawarakan berlakon  drama Mimpi Sabrina  terbitan Radius One   dan  Pelangi Cinta Abu Dhani oleh Skypictures,”katanya.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!