AME2019 NABIL DAN NEELOFA TARIK DIRI

KEKAL sebagai pengacara majlis. Namun menarik diri daripada sebarang pencalonan.

Itu pengesahan Nabil Ahmad dan Neelofa yang sudah enam tahun beraksi dalam pencalonan Anugerah Meletop Era (AME).

Dalam sidang akhbar AME 2019 berlangsung di Hard Rock KL petang 19 Mac 2019.

Bagaimanapun tahun ini mereka akan bersama-sama Jihan Musa menjadi hos AME2019 yang akan dipentaskan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur 23 April ini pukul 9.00 malam ini.

Neelofa dan Nabil bagaimanapun mengakui untuk tahun akan datang penyertaan semula dalam AME jika ada projek besar atau program. Apapun itu bergantung keadaan.

Tahun ini turut menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersaing untuk Dua Kategori Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop.

Nama-nama Top 5 lain dalam 16 kategori berlainan turut menyenaraikan nama nama besar dunia hiburan antaranya Dayang Nur Faizah, Hael Husaini, Johan, Shafiq Kyle, Zizan Razak dan lain-lain.

Kepada peminat peminat boleh mengundi artis artis pilihan anda bermula pukul 6.00 petang 19 Mac hingga pukul 12.00 tengah hari 21 April 2019 ini melalui www.anugerahmeletopera.com.my & menerusi SMS.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!