Aliff Aziz dapat hidayah, ambil keputusan untuk berubah

Cinta yang paling indah adalah cinta kepada Allah SWT. Namun pengorbanan perlu dilakukan untuk merasai nikmat cinta kepada pencipta yang sememangnya sukar untuk diterjemahkan.

Menampilkan gandingan pelakon utama Aliff Aziz, Nadia Brian, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, dan Beego, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan telemovie terbaharu bertajuk Cinta Paling Indahdisiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 21 Jun ini, pukul 9.30 malam.

Telemovie arahan Shireen Haji Khuzaimi ini menonjolkan sisi perubahan seorang pemuda yang nekad berubah dalam merasai erti pengajaran dan kemanisan dalam penghijrahan diri seseorang. Apatahlagi tidak semua orang diberikan hidayah dan dijentik hatinya untuk berubah.

Kisahnya tentang pengorbanan dan cabaran dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes. Raes digambarkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah. Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi.

Damiah diselamatkan Raes ketika beliau lemas semasa mandi di sebuah air terjun. Damiah mencari Raes di sekolah pondok untuk mengucapkan terima kasih namun tidak dilayan Raes dan Solih menegur Raes atas kesombongannya.

 

Raes terkesan dengan teguran Solih dan mula berkawan dengan Damiah. Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian.

Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya. Damiah berkorban dengan mendesak Raes untuk mengahwini Latifah.

Kemudiannya Latifah sah menjadi isteri Raes dan selepas beberapa ketika, beliau menjadi ibu kepada anak Damiah yang dilahirkan selepas Damiah meninggal dunia. Damiah meninggalkan nota buat Raes menyatakan kesyukurannya dapat merasai ‘Cinta Paling Indah’. Usah ketinggalan menyaksikan kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!