ROYAL ALBERT HALL SITI TUNGGU PENAJA

KONSERT jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta, Indonesia, Singapura dan Kuala Lumpur, Malaysia telah melabuhkan tirai dengan  sukses.

Sesudah bermula di Jakarta minggu akhir Februarim kemudian awal Mac di Singapura, kumuncaknya di negara sendiri.

Axiata Arena Bukit Jalil pada malam 16 Mac 2019 membuatkan Siti berasa sebak nak menangis menyaksikan lebih 10,000 penonton  memenuhi stadium tertutup itu.

Ketiga tiga konsertnya telah mendapat pujian taraf  5 bintang dan dunia daripada wartawan dan peminat kerana kelincahan beraksi di pentas masih hebat dan mantap. 

URTV merisik  bagaimana pula dengan rancangan konsert Royal Albert Hall yang dijadualkan 29 April 2019 ini? 

Difahamkan hanya itulah tarikh kosong yang masih ada dan terbuka buat Siti mementaskan konsertnya untuk kali kedua di dewan bertaraf dunia itu, setelah pertama kali berkonsert di sana pada April 2004.

“Kena tunggu jawapan penganjur. Di pihak Siti bersedia.  Tak ada masalah. Kalau tak jadi tarikh itu, tarikh bila bila pun Siti sedia, jika tak bertindih denga  jadual kerja lain”katanya.

Shirazz Production penganjur konsert jelajahnya baru baru ini berhasrat membawa Siti ke London. Namun, sehingga petang semalam, tiada jawapan bila boleh mengesahjan pementasan di sana.

Pihak SP juga sedang dalam pembikinan menerbitkan filem tentang sejarah Siti Nurhaliza melibatkan kelibat penyanyi tersohor rantau ini.

Siti berterima kasih kepada semua peminat yang terus menyolongnya hingga sekarang menyaksikan konsertnya mencapai sasaran.

Siti juga yang berjaya menguruskan bentuk badan daripada nampak berisi kepada langsing mengakui beratnya tak banyak berubah.

“Masih 70kg…nampak kurus ke? Tapi berat tak berubah banyak,”jawabya.

Siti tak lokek berkongsi rahsia menjaga badan untuk kembali bertenaga dan tidak makin berisi sesudah punya anak, kepada ibu-ibu masih menyusu badan sepertinya dan yang risau berat makin naik sesudah habis berpantang.

Jom layan video wawancara Huzz dengan Siti  untuk URTV, selepas kami berbual di pertengahan majlis ulang tahun pertama (semalam 17 Mac 2019) anaknya Siti Aafiyah Khalid di Dewan Taming Sari, Hotel  Royale Chulan Kuala Lumpur.

Ramai artis popular bersama sama suami dan anak mereka yang datang antaranya Che Ta dengan Zain Saidin, Fouziah Gous, Liza Hanim, Sharifah Shahirah. Amira Rosli datang dengan ibu dan anak kerana suami di lokasi penggambaran drama TV.

Video:Nazrin Nazlan

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!