Aksi Komedi Berisi Dalam Telefilem MAK NGAH REMPIT di TV1

Aksi komedi mencuit hati gelagat bidan kampung dikenali sebagai Mak Ngah Rempit bakal menghiburkan petang Ahad anda pada 26 Ogos ini, pukul 10.00 pagi menerusi saluran TV1. Dijayakan watak utamanya oleh Khaty Azian sebagai Mak Ngah, telemovie bertajuk “Mak Ngah Rempit” ini turut menampilkan pelakon Mak Mah, Kaza Saisi, Amar Asyraf, dan Rozie Othman.

Lari daripada kebiasaannya yang menonjolkan babak anak muda menunggang motorsikal, cerita dalam telemovie ini berkisar tentang Mak Ngah, seorang bidan kampung yang asalnya seorang pesara bidan kerajaan. Dia dikenali ramai kerana cara pemanduan motosikal dengan laju bagi menuju ke tempat pesakit yang memerlukan bantuan dalam masa yang cepat.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, Mah Ngah, yang juga ibu tunggal tetap mengutamakan perempuan yang hendak bersalin lebih daripada pesakit yang bermasalah lain. Mak Ngah banyak membantu orang kampung dengan kebolehannya, tetapi Tahir, anak Mak Ngah mahu emaknya berehat sahaja kerana perbelanjaan kewangannya sudahpun mencukupi.

Mak Ngah selalu cuba dihimpit oleh Pak Uda, seorang duda yang amat digilai oleh Faridah, juga seorang janda yang cemburukan Mak Ngah. Faridah berusaha mengsabotaj kerjaya Mak Ngah dengan membuat promosi cara urutan SPA di pekan.

Khaty Azian watak Mak Ngah Rempit

Bagi Faridah, dia tidak ingin Mak Ngah uruskan anaknya bersalin dan dia mahu Fatin bersalin di hospital berbayar yang ada status dan dia lihat Mak Ngah sebagai bidan kampung yang pengotor. Disamping itu, Faridah menghasut orang kampung agar tidak berurusan dengan Mak Ngah dan dia membuat promosi agar mereka mengikutinya ke SPA untuk urutan kecantikan.

Setiap kali Pak Uda terserempak Faridah di kedai atau warung, dia akan mencari jalan untuk melarikan diri dari Faridah. Keinginan jiwa Pak Uda diperhatikan oleh Jamil, pemilik warung dan dia mencadangkan agar Pak Uda berterus terang sahaja dengan Mak Ngah serta meminangnya.

Mak Ngah hairan kenapa Pak Ngah selalu sedia menolongnya. Faridah memberitahu Mak Ngah yang Pak Uda sedang bercadang untuk berkahwin dengannya dan perkara ini sampai ke telinga Pak Uda. Alangkah marahnya Pak Uda kepada Faridah.

kazar saisi… turut berlakon

Satu ketika dengan takdir tuhan, Fatin, anak Faridah ingin bersalin. Kereta suaminya tidak hidup sewaktu cuba dihidupkan dan Fatin menjerit kesakitan sehingga air ketuban telah mula keluar. Faridah terpaksa meminta bantuan bidan Mak Ngah.

Faridah mula sedar di atas kesilapannya terhadap kehidupan Mak Ngah mencari nafkah dan menolong semua orang, dia meminta maaf. Faridah juga tahu keinginan Pak Uda mahu memperisterikan Mak Ngah dan bukan dirinya. Faridah menawar diri untuk menjadi orang tengah bagi perkahwinan Pak Uda dan Mak Ngah.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!