AIZAT AMDAN Artis Lelaki Pertama TUN M Follow Di Instagram

Sejak membuka akaun Instagram rasmi pada 15 Mac lalu, akaun Instagram Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, @chedetofficial telah pun diikuti oleh 1.4 juta pengikut sehingga sekarang.

Menariknya, akaun Instagram tersebut hanya mengikuti beberapa akaun Instagram sahaja. Sehingga kini, akaun Instagram Tun Dr. Mahathir hanya mengikuti lapan akaun Instagram.

Sebelum ini akaun Instagram penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, @ctdk adalah salah satu akaun yang diikuti akaun Tun Dr. Mahathir .

Terbaharu, akaun Tun Dr. Mahathir kini mengikuti akaun Instagram penyanyi Aizat Amdan, @aizatamdan. Menjadikan Aizat Amdan sebagai artis lelaki pertama yang diikuti akaunTun Dr. Mahathir di Instagram.

 

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!