Aiman masih dalam pantauan keluarga – Fara Hazel

Penyanyi Fara Hezel akui dia dan kedua ibu bapanya masih memantau adiknya, Aiman Tino walaupun dia sudah dewasa.

Menurut Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 23, tujuan mereka berbuat demikian adalah kerana amat mengambil berat terhadap Aiman dan ingin memastikan dia tidak menghadapi masalah.

“Kami sekeluarga amat mengambil berat terhadap Aiman dan sentiasa pantau apa yang dia lakukan.

“Mungkin bagi sesetengah tindakan kami nampak seperti mengongkong dan ‘over protective’. Tapi apa kami lakukan adalah kerana tidak mahu dia menghadapi masalah.

“Dia sendiri selesa dan tidak rasa terkongkong dengan tindakan kami sekeluarga yang sangat mengawal dan masih memantau dirinya walaupun sudah dewasa.

“Kalau Aiman dilanda kontroversi atau menghadapi masalah, kami keluarga akan sentiasa disisi memberi sokongan pada dirinya.

“Hubungan kami sekeluarga sangat rapat dan tidak pernah menyimpan rahsia. Jika dia ada masalah, pasti akan berkongsi dengan kami,” cerita Farah semasa ditemui di majlis sidang media Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 di Bandar Baru Bangi semalam.

Farah antara selebriti yang dilantik sebagai Sahabat Durian Festival bersama Wani Kayrie, Sissy Iman dan Raja Syahiran pada Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai ini.

“Saya memang ‘hantu durian’. Memang buah kegemaran saya. Kalau sekali makan tu memang saya akan makan banyak.

“Bakal terlibat dalam program ini adalah sesuatu yang baharu bagi saya. Ini kali pertama saya mengetahui wujudnya anugerah khas untuk durian.

“Dulu tahu makan sahaja. Sekarang baru saya tahu durian juga dipertandingkan dan diberi pengiktirafan melalui anugerah,” kata Farah yang memegang gelaran Ratu Duri Hitam sempena festival tersebut.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!