AHMAD IDHAM dilantik CEO baharu FINAS

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini telah mengumumkan pelantikan pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa Isnin lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo berkata, pelantikan ini adalah keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku, Shakib Ahmad Shakir yang menjalankan tugas sejak empat bulan lalu.

“KKMM  mengucapkan terima kasih kepada Shakib untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan berkenaan.

“Kita berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini.

“Saya juga berharap agar Ahli-ahli Lembaga Finas akan memberi kerjasama penuh kepada Ahmad Idham dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,” katanya.

Ahmad Idham yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam industri kreatif sebagai pelakon, pengarah dan penerbit selama lebih 25 tahun.

Beliau juga pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!