AFIQUE HUSSAIN Pilih Perunding Kecantikan

PELAKON segak Afique Hussain,32,  bakal bernikah dengan kekasihnya, perunding kecantikan- Anita Alias, 38, pada  minggu pertama Syawal ini, di Kuala Kangsar, Perak.

Ketika diwawancara secara eksklusif oleh URTV, petang tadi, Afique yang berasal dari Johor Baru mengakui, “Majlis persandingan dijadualkan berlangsung sehari kemudian pada 18 Jun di Sauk, Kuala Kangsar.

“Kami berdua dah kenal selama dua tahun. Bagaimanapun sikapnya yang sederhana, ceria, senang bergaul, comel, hormat orang tua dan pandai memasak menawan hati untuk saya untuk hidup dengannya.

“Insya Allah, saya  akan membawa hantaran belanja kahwin sebanyak RM15,000.”

Afique yang pernah memenangi tempat ketika pertandingan Kacak Bergaya Mingguan Malaysia 2010 (tajaan Jamu Mak Dara) , mula diperkenalkan  dalam drama  Duyung Aridinata  (TV3) dan aktif dalam bidang lakonan sampai ke hari ini.

Drama terbaharunya Halalkan Hati Yang Ku Curi (TV3).

“Mengenai bulan madu itu, belum ditetapkan di mana tapi ada rancangan nak ke London, “ kata Afique anak kedua   dalam empat orang adik-beradik.

“Ini ialah perkahwinan pertama kami berdua. Kami tak bertunang sebelum ini.  Kami akan melangsungkan pernikahan saja pada tarikh ditetapkan kedua –dua belah pihak keluarga.

“ Nita juga anak kedua dalam lima orang adik-beradik. Buat waktu ini tidak dirancang sebarang resepsi majlis kami di Kuala Lumpur hanya di Kuala Kangsar. Kad kad undangan telah mula diedarkan minggu ini,” akuinya .

Selamat Pengantin Baru kepada bakal mempelai ini.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!