AAFIYAH jadi tumpuan

DALAM majlis apa pun, dia jadi tumpuan.  Jangankan gelagatnya mencuri pandangan malah peminat-peminat mahupun rakan-rakan orang tuanya tak jemu-jemu mahu merakamkan gambar dengan si comel ini, setiap kali melihat kelibatnya.

Itulah tentang Siti Aafiyah Kahlid yang berusia lebih setahun.

Aksi-aksi permata hati  Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa ini,  memegang Pro Palatte  solekan wajah Epie X Siti sewaktu majlis produk itu  di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini  menarik perhatian hadirin.

Aafiyah menemani ibunya yang melancarkan koleksi Epie X Siti, kerjasama pertama Siti  Nurhaliza dengan jurusoleknya Epie Temerloh (keluaran Simply Siti).

Pada hari itu, selain tamu media, hadir memeriahkan majlis ialah jurusolek baru dan lama tetapi artis-artis terkenal  antaranya Fauziah Latiff, Ramah Ram Jaclyn Victor dan Haiza.

Aafiyah seperti sebelum ini, tak  menangis kala masuk majlis, membuatkan ramai beranggapan Siti Nurhaliza dan suami  bertuah mendapat anak yang tak meragam seakan pandai menyesuaikan diri di dalam majlis.

Siti tak lupa anak yang masih menyusu badan, tidak mengabaikannya,  waktu  bertugas di luar rumah.

Mengenai set solekan dan berus mekap Epie X Siti ,harga dijual tidak membebankan. Untuk Pro Palatte tawaran set mekap RM150  dan RM120 untuk berus atau brush mekap untuk digunakan pembeli.

Layari www.simplysiti.com.my untuk keterangan lanjut mengenai solekan ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!