Abam Bocey dah jadi ayah

Pelawak Abam Bocey kini bergelar seorang ayah setelah isterinya Siti Norhidayah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka di Hospital Selayang pada Jumaat.

Khabar gembira tersebut dikongsi Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan memuat naik gambar putera sulung di akaun Instagram milknya.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar! Allahuakbar! Terima kasih kepada yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya.

“Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor Hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah..Alhamdulillah subhanALLAH masyaALLAH..Saya dah jadi ayah,” tulis Abam di Instagram.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah diijabkabulkan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!