Dua Kali Lafaz, A.AIDA Sah Menjadi Isteri ARIFF AZIZ

Dengan dua kali lafaz, produser, Datuk A.Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 47 tahun sah bergelar isteri kepada model dan pelakon, Wan Izma Ariff Abd. Aziz atau dikenali sebagai Ariff Aziz, 29, dalam majlis akad nikah yang diadakan di hotel Grand Dorsett Subang.

Pasangan mempelai ini dinikahkan oleh Imam 2 Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, Ustaz Haji Mohammad  Imran Nasoah selepas Isyak tadi (21 Julai 2018) dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Pengantin lelaki memberi wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta tiga dulang hantaran dan berbalas lima oleh pengantin perempuan.

Majlis akad nikah yang berjalan lancar ini dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan pasangan pengantin.

Setelah berkenalan selama tiga tahun dan bercinta lebih sebulan lalu, Ariff Aziz memilih 21 Julai sebagai tarikh pernikahan mereka setelah membuat kejutan dengan menyarungkan cincin ke jari manis Aida di sebuah restoran Arab, tiga minggu lalu, sebagai tanda cinta dan hasrat hidup berdua.

Aida pernah melalui beberapa buah perkahwinan sebelum ini namun berakhir dengan perceraian (mempunyai dua anak perempuan dengan penyanyi Ameng Spring dan seorang anak lelaki dengan pegawai polis).

Beliau berharap perkahwinan dengan Ariff berkekalan ke alam syurga.

Video: Deel Anjer

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!