A.AIDA Kahwin 21 Julai Ini

PRODUSER Datuk A. Aida Awang, 40an, sudah membuat persiapan akhir majlis pernikahannya  dengan pelakon Ariff Aziz, 29, yang dijadual berlangsung  pada 21 Julai ini.

Kad undangan kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat termasuk wartawan media cetak dan elektronik sudah dibuat.

“Ada yang bertanya kenapa tidak pada tarikh 18 8 2018, bagai yang Da cakap, Ariff yang mahu kami cepat  bersatu.

“Katanya lebih baik dipermudahkan yang wajib. Lagipun kedua orang tuanya, merestui cinta kami dan  dah buat persiapan.

“Insya Allah, selepas bernikah satu sidang akhbar diadakan.

“Nikah di rumah Da di Ukay Perdana, resepsi di rumah baharu Da di Janda Baik, ramcangannya waktu majlis ulang tahun Da April tahun depan, “kata ibu tunggal tiga orang anak hasil dua perkahwinan lalu.

Bekas isteri Ameng Spring ini berharap perkahwinan terbaharu ini akan kekal sampai ke syurga.

“Da yakin dengan cintanya,’katanya yang  membahasakan ditinya sebagai Da . Malah jutawan ini menolak kebimbangan terhadap jurang usia dengan kekasih.

“Macam yang Da  cakap  sebelum ini,  caranya buat Da tak bimbang, dia jujur, dia bukan jenis baik ada makna,”tambahnya.

Pernah berdoa jodoh ketika mengerjakan umrah tahun lalu. A.Aida mahu bertudung selepas nikah sebagaimana kemahuan Ariff

Ariff yang mahir dalam bidang IT  dan pernah berkhidmat dengan sebuah syairikat terkenal sebelum aktif berlakon  dikatakan bakal membawa wang hantaran belanja kahwin  dalam RM20,000. Namun, segalanya akan dibicarakan pada majlis kahwin mereka nanti.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!