10 lagu Raya 2019 untuk menaikkan mood raya anda!

Lagu raya antara elemen yang boleh menaikkan ‘mood’ untuk meraikan hari lebaran setelah sebulan berpuasa. Bersempena kedatangan Syawal tahun ini, ramai artis yang muncul dengan lagu raya baharu dan ada juga yang merakam semula lagu raya malar segar yang popular.

URTV senaraikan 10 lagu raya baharu 2019 untuk anda!

MENANTI DI AIDILFITRI

Lagu Menanti Di Aidilfitri ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Waris ini menampilkan empat  penyanyi iaitu Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah dan Wan Azlyn. Muzik video rasmi yang turut menampilkan kemunculan istimewa pelakon Azhan Rani ini telah mencecah tontonan lebih 1 juta kali dan kini trending nombor satu di Youtube Malaysia.

BERSYUKUR SEADANYA

Penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Hael Husaini tahun ini muncul dengan lagu Raya berjudul Bersyukur Seadanya. Muzik video lagu ciptaan Hael sendiri bersama Ezra Kong ini menjadi bualan ramai kerana simple dan sangat kreatif dengan gerak tari dan gaya bersahaja.

TAK DAPAT RAYA

Selepas berkolaborasi menerusi lagu Roadblock Hatiku, penyanyi Baby Shima dan kumpulan Floor 88 kini muncul dengan single Raya berjudul Tak Dapat Raya.

INDAHNYA RAYA

Diberi gelaran ‘P.Ramlee Sabah’ oleh netizen, Fairuz Misran kini muncul dengan lagu Raya beliau yang tersendiri, ciptaan Apak Harry Khalifah dan Achoi Floor 88, membangkitkan nostalgia Aidilfitri.

SELOKA HARI RAYA

Warner Music Malaysia telah merakamkan semula lagu raya malar segar, Seloka Hari Raya yang dinyanyikan semula oleh artis-artis popular seperti Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars, Amir Hasan, Ajak Shiro, Alyah, Ezlynn, Bunga, Layla Sania, Kaka Azraff, Pasya dan Awi Rafael.

SELAMAT BERHARI RAYA

Ariff Bahran dan Sarah Suhairi berduet untuk pertama kalinya didalam sebuah lagu Hari Raya yang bertajuk Selamat Berhari Raya ciptaan Sang Hitam dan Rudy Kasmara.

AIDILFITRI MULIA

Sempena lebaran tahun ini, penyanyi Syafiq Farhain tampil dengan lagu Raya berjudul Aidilfitri Mulia ciptaan sepenuhnya oleh Amir Ukays.

SERU HARI LEBARAN

Pasangan duet popular, Ernie Zakri dan Syamel bergabung suara dalam lagu Aidilfitri ciptaan S.Atan berjudul Seru Hari Lebaran.

SEMPURNA SEADANYA

Lagu nyanyian Ara Johari, Sufi Rashid, Usop dan Masya Masyitah ciptaan S.Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa.

JOGET LEBARAN

Fitri Haris dan Lan Solo tampil dengan lagu Raya berjudul Joget Lebaran ciptaan Epy Syafik dan Fitri Haris manakala lirik oleh Epy Syafik, Fitri Haris dan Lan Solo.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!