10 finalis rebut gelaran GADIS PANCA MYBEAUTY 2018

Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 yang dibawakan oleh akhbar nombor satu negara, Mingguan Malaysia melalui sisipan popularnya, Pancaindera semakin menghampiri kemuncak apabila 10 finalis telah dipilih pada peringkat separuh akhir yang telah berlangsung di Quill City Mall Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 10 orang peserta telah berjaya layak ke peringkat akhir pencarian Gadis Panca MyBeauty yang akan berlangsung pada 14 Disember 2018.

Finalis yang akan bertanding di peringkat akhir adalah Puteri A’teeqah Ayu Mohd.Zaharee, Nurul Izzah ‘Athirah Mohamad Zain, Tengku Sari Anisofea Tengku Sari Affendy, Norfarahin Syamimie Azman, Sharifah Husna Syed Feizal, Nor Syahqilla Hawa N.Saidi, Siti Sarah Mustafa, Nur Atirah Ismail, Nur Diana Shazleen Zaidi dan Nur Shakira Shah Kirit.

Kesemua peserta peringkat separuh akhir  telah diadili dan dinilai oleh juri professional iaitu Datuk KC Wong (Oriental Mace Group B), Jaja Ishak (Pengarah & Penerbit Kembara Sufi),  

Miss Adiana (model antarabangsa dari Kazakhstan),  pelakon Ummi Nazeera dan Ketua Pengaranf MHE TV, Datuk Tengku Khalidah Tengku Biding. 

Majlis yang diacarakan oleh Roslan Shah ini turut diserikan dengan persembahan Ernie Zakrie dan vokalis kumpulan Flybaits, Fredo selain menerima kehadiran Rita Rudaini dan Noniswara. 

Program pencarian bakat yang mendapat kerjasama oleh MyBeauty selaku penaja utama ini membabitkan gadis-gadis berusia 16 hingga 25 tahun untuk menyemarakkan industri seni dan hiburan tanah air melalui mencungkil bakat-bakat baharu.

Gadis Panca MyBeauty 2018 turut mendapat penajaan daripada Datuk A. Aida yang merupakan penerbit filem dan pemilik produksi A. Aida Production Sdn. Bhd. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. 

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!