Wartawan Dikecam Kerana Biarkan Anjing Baham Kucing

Seorang wartawan diselar netizen gara-gara membiarkan tiga ekor anjing liar membaham  kucing jalanan sehingga mati.

Kecaman ini bermula apabila tersebarnya video yang dirakam oleh wartawan tersebut pada jam 4 pagi tadi.

Wartawan yang dikenali sebagai Rosli memuat naik video tersebut di laman sosial Facebook miliknya, dan dikongsi (share) oleh pencinta-pencinta kucing ke dalam page pencinta kucing.

Sebahagian video yang dimuat naik di Facebook:

Cerita wartawan tersebut, “Saya merakamkan video tersebut tanpa niat apa-apa, cuma mahu berkongsi rasa sedih apabila kucing tersebut mati kerana dibaham anjing.

“Ada yang menyalahkan saya kenapa tidak selamatkan kucing tersebut. Kalau nak tahu, sewaktu saya melihat kejadian itu, kucing itu telah pun mati.” cerita wartawan dikecam dengan kata-kata kesat kerana tidak menunjukkan usaha membantu sehingga kucing tersebut mati.

Pecinta haiwan khususnya kucing naik angin dan marah-marah malah menggelar wartawan tersebut sebagai anjing kerana memuatnaik video yang dianggap kejam itu.

Antara kecaman yang diterima kerana memuat naik video tersebut

Sambungnya, “Perkara ini berlaku sekelip mata. Semasa saya parkir kereta di satu lorong belakang, tiba-tiba kedengaran tiga ekor anjing riuh dan saling mengejar.

“Saya tersentak apabila aksi mereka merempuh kereta saya sebanyak tiga kali. Kemudian ketiga-tiga ekor anjing itu kelihatan saling berebut menggongggong seekor kucing di sebelah kereta saya.

“Bagaimana saya nak selamatkan kucing tersebut sedangkan saya berhadapan dengan anjing-anjing liar yang mungkin juga boleh mencederakan saya.”

Diharap penjelasan ini boleh meredakan kemarahan netizen yang mungkin salah faham dengan situasi wartawan yang merakam video tersebut.

Teruskan layari www.urtv.com.my

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!