UNIQLO Lancar T-Shirt Edisi Khas Kolaborasi Bersama FUGEELAH Untuk Mengumpul Dana Bagi Kanak-kanak Pelarian

Jenama pakaian antarbangsa dari Jepun, Uniqlo telah melancarkan koleksi t-shirt edisi khas kolaborasi bersama badan organisasi bukan kerajaan, Fugeelah menerusi projek yang dikenali sebagai ‘Uniqlo x Fugeelah Social Project’.

Projek sosial ini diadakan bertujuan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak pelarian dari Fugee School. Menariknya, kanak-kanak pelarian ini turut menyumbang menghasilkan koleksi pakaian ini.

Terdapat lima rekaan t-shirt dalam kolaborasi ini dan akan dijual di secara atas talian di Uniqlo online store (www.uniqlo.com/my) pada  bermula pada 20 Julai ini. Kesemua hasilp kutipan jualan t-shirt edisi khas iniakan disumbangkan kepada Fugee School untuk memastikan penyediaan pendidikan yang berterusan untuk kanak-kanak pelarian di sekolah pelarian tersebut.

Bagi anda yang berminat dengan koleksi t-shirt edisi khas Uniqlo x Fugeelah Social Project ini jangan lupa dapatkan di www.uniqlo.com/my bermula 20 Julai 2018.

Jom kita membeli sambil menyumbang dana untuk pendidikan kanak-kanak pelarian ini.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!