Tonton Teaser Trailer Filem EJEN ALI: THE MOVIE

Animasi 3D Ejen Ali yang dihasilkan oleh Wau Animations antara siri animasi tempatan yang mendapat sambutan hangat daripada penggemar animasi di Malaysia. Bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa juga meminati siri animasi tersebut.

Ejen Ali  berkisarkan mengisahkan seorang murid sekolah yang tanpa sengaja terbabit dalam dunia risikan dan telah menjadi seorang ejen perisikan untuk sebuah pertubuhan rahsia.

Selepas kejayaan siri animasinya, Ejen Ali bakal ke layar lebar menerusi filem berjudul Ejen Ali: The Movie. Trailer pertama filem yang bakal ditayangkan dipawagam pada penghujung tahun ini telah pun dikongsi oleh pihak Wau Animations.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem animasi ini nanti.

Jom tonton teaser trailer filem Ejen Ali: The Movie ini!

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!