Teknologi Dari Korea di NAJWA MEDISPA

Dr Najwa Aesthetic Sdn. Bhd. memulakan langkah positif pada tahun 2018 ini dengan pelancaran Najwa Medispa di Evo Mall Bangi, sebuah Medispa Premium yang memfokuskan kepada rawatan kecantikan menggunakan kepakaran, produk dan teknologi dari Korea Selatan.

Menurut Pengasasnya, Dr Syarifah Najwa Binti Syed Ahmad, pihaknya menjalankan kerjasama dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama-sama dengan syarikat kosmetik terkenal daripada Korea Selatan dalam mengenalpasti teknologi yang sesuai untuk diadaptasi dengan wajah, kulit dan demografi rakyat di negara ini.

Jelasnya lagi, Najwa Medispa menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan kelas pertama berikutan para juruterapi terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dan terlatih dalam mengendalikan mesin-mesin rawatan di spa kecantikan.

Tambah beliau, dengan sentimen pasaran serta industri kecantikan dan kesihatan yang kompetitif, Dr. Najwa Aesthetic Sdn. Bhd. sentiasa memikirkan strategi proaktif dan menggunakan produk dan teknologi terkini dalam membentuk keyakinan para pengguna.

Seiring dengan perkembangan dunia masa kini, Najwa Medispa juga tampil dengan kelainan dan inovasi baru apabila menghasilkan sebuah Drama Online lapan episod yang berjudul Projek Dapat Baby.

Sebuah hasil karya terbitan bersama Najwa Medispa dan Anomalous Films, arahan pengarah Syed Fariz (Busker, Keluarga Iskandar, Biniku Ninja), skrip oleh Fairul Nizam Ablah (Binku Ninja, Jangan Ambil Padang Kami, Surihati Mr Pilot) ini menampilkan Rita Rudaini dan Tony Eusoff sebagai teraju utama dengan dibantu oleh pelakon handalan tanahair seperti Susan Lankester, Fikry Ibrahim, Raysha Rizrose, Eyka Farhana, Louisa Chong, Mahmud Ali Bashah, Azhar Sulaiman, Aida Rahim, Mr Kokom dan banyak lagi pelakon tempatan.

Projek Dapat Baby mengisahkan bagaimana Razak (Tony Eusoff) dan Najwa (Rita Rudaini) pada usia 40an yang masih belum memiliki zuriat mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional dalam usaha mereka untuk mendapatkan anak.

Pastinya drama ini akan mencuit hati sesiapa yang menontonnya. Drama ini boleh ditonton di Facebook Projek Dapat Baby mulai 30 Julai 2018. Episod baharu setiap Isnin dan Selasa pada pukul 1.00 petang.

Di zaman ini, pastinya setiap orang mahu tampil cantik, sihat dan berketerampilan, Najwa Medispa ada jawapan tersebut. Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman rawatan kecantikan eksklusif di Najwa Medispa bertempat di Aras 3, Evo Mall, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Maklumat lanjut hubungi 0124565721 dan jom lebih dekat dengan Najwa Medispa melalui FB Page: Najwa Medispa, Instagram: @najwamedispa, Web: www.najwa-aes

Foto: NOORAZLINA OTHMAN

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!