SYAZWAN dedah perangai aneh DANIAL Minta dilambai dan bersedekah

SEBELUM maut dalam nahas di lebuh raya utara selatan dekat Behrang, Selangor , pagi  Sabtu 4 Ogos baru-baru ini, anak penyanyi Nora Aspadalila, 30an,  Danish Danial, 12,  menunjukkan perangai aneh.

Menurut ayah tirinya,  model dan pegawai insurans, Muhammad Syazwan Hashim, 31,“ Pada hari Isnin dan Selasa, sebelum kami ke Pulau Pinang, Danial minta ibunya, menemani sampai ke depan pintu dan mahu Nora melambai-lambai tangan sebelum saya menghantarnya ke sekolah ( Sekolah Rendah  Kampung  Tunku, Kelana Jaya).

“Tak pernah dia begitu kalau nak ke sekolah…tapi pada kedua-dua hari itu, Danial mahu ibunya memberi isyarat bye bye  dan dia  gembira membalasnya.

“Kami ke Pulau Pinang hari Rabu minggu sudah,  menziarahi ayah saya, sakit. Dan malam Jumaat sebelum kami balik ke Kuala Lumpur, kami singgah makan di Nasi Kandar Beratur di pulau itu.

“Danial sekali lagi melihatkan sikap aneh. Kali ini, meminta duit . Katanya, dia nak   bagi  pada semua peminat  sedekah di situ, tak silap saya dalam 20 orang.  Danial tunjuk reaksi gembira dapat memberikan sedekah.

“Itulah makan malam terakhir kami dengannya.

“Ketika dalam  perjalanan pulang , kami  berhenti  di salah R&R di Perak sebelum meneruskan perjalanan pulang, awal pagi Sabtu.

“Danial masih tidur dan kami bercadang nak bersarapan bila menghampiri Kuala Lumpur.

Saat manis sewaktu Danial dipinjam Allah dalam hidup Nora dan Syazwan

“Bagaimanapun, saya yang panik cuba mengelakkan haiwan melintas ketika di Behrang mengakibatkan kereta kami bergolek  .

“Saya dan isteri cedera… bagaimanapun, Danial   di tempat duduk belakang, meninggal dunia kerana nahas itu.”

Danial hasil perkahwinan Nora dengan bekas suaminya. Sebelum bernikah dengan Syazwan Nora yang sudah bergelar ibu tunggal, tertarik melihat kemesraan Syazwan dengan anaknya ketika mereka berkawan . Kedua-duanya, berkahwin pada   2 Ogos 2014.

“Saya sayangkan Danial macam anak sendiri, kehilangannya amat dirasai dia manja dan tidur pun dengan kami,” tambah  Syazwan sebak dan menangis ketika bercerita.

Jenazah anak itu, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di Rompin, Pahang.

“Anak saya dengan Nora , Nurzulaikha  Syazwan meninggal dunia pada usia 8 bulan, tahun lalu kerana masalah jangkitan kuman paru-paru.

“Kematian  Danial sungguh menyedihkan apatah lagi kami masih terasa  pemergian Zulaikha sebelum ini.

“Kini kedua-dua anak sudah kembali ke  syurga,” kata Syazwan menangis.

Nora  dan Syazwan masih berada di Rompin, Pahang untuk majlis tahlil Danial.

Al Fatihah.

Takziah  diucapkan, dan berharap agar kedua-dua mereka tabah dengan kehilangan ini.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!