Suara 6 Artis Wanita Dalam Konsert Voices Of Ladies

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba! Enam artis wanita popular akan bergabung dalam Konsert Voices Of Ladies pada jam 8.30 malam, 11 Ogos 2018 ini (Sabtu) di Panggung Annivesari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Konsert percuma sempena KL Rhythm Nitez anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) ini menampilan enam penyanyi hebat iaitu Ella, Nora, Aishah, Noraniza Idris, Elda Susanti dan Yuka Kharisma.

Setiap mereka mewakili  pelbagai genre muzik iaitu pop, irama tradisional, rock dan balada.

Artis yang akan membuat persembahan mereka adalah:

Aishah: Wan Aishah Binti Wan Ariffin, Aishah bermla dengan mengikuti satu kumpulan di New Zealand, Fan Club. Berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 pada tahun 1990 dengan lagu Don’t Make Me Fall Alone. Aishah meneruskan karier solo di Malaysia dari tahun 1990 lagi. Juara acara berprestij Gegar Vaganza baru baru ini, Aishah tampil dengan lagu terbaru beliau bertajuk Malar.

Ella: Nor Zila binti Aminuddin, aktif menyanyi dari tahun 1985 hingga sekarang. Bergenre Rock bermula dengan Ella and the Boys. Mempunyai lebih dari 13 buah album sepanjang kareer sebagai seorang penyanyi.

Noraniza Idris: Nor Aniza Binti Haji Idris, bergenre Irama Malaysia dan Etnik Kreatif. Berkarya sebagai penyanyi, pengubah lagu dan penulis lirik. Aktif sebagai penyanyi dari tahun 1985 lagi. Mempunyai lebih dari 15 album solo dan kompilasi dan duet. Noraniza Idris banyak memenangi pelbagai anugerah sepanjang karier sebagai penyanyi.

Nora: Wan Nora Afiza Binti Ariffin yang bergenre Balada, Etnik Kreatif, Pop dan juga R&B, aktif menyanyi dari tahun 1994 hingga sekarang. Baru saja mengeluarkan single terbaru yang berjudul Ada dalam Tiada.

Elda Susanti: Elda Susanti Bt. Abdul Majid anak kelahiran Kuala Lumpur, memulakan karier dari tahun 1998. Elda mewakili Malaysia di pertandingan berprestij, Dangdut Academy Asia 2 pada tahun 2016 hingga ke peringkat separuh akhir, Juara 2 Dangdut Star 2016 Astro Prima dan mempunyai 2 album Dangdut.

Yuka Kharisma: Baru berumur 30 tahun berasal dari Aceh, Indonesia. Berkahwin dengan saxofonist Malaysia, Jeffney Kamar dan merupakan seorang penyanyi, dan komposer. Bergenre Pop R&B Jazz Soul. Memulakan karier pada tahun 2008 dan merupakan Indonesian Idol dan memenangi artis wanita baru terbaik di Anugerah Planet Muzik ke-15. Baru sahaja menganjurkan konsert BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert pada 28 April lalu di Dewan Planari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Elda dan Yuka antara artis yang bakal muncul dalam Konsert Voices Of Ladies

Penganjuran ini merupakan beberapa kali Yayasan Kebajikan Artis Malaysia bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menampilkan artis-artis tanahair tidak mengira muda ataupun yang lebih berpengalaman.

Foto: SHAHRIL AZMAN ZAIN

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!