SEPERTI MEREKA Lagu ‘Comeback’ RUFFEDGE

Hampir 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, kumpulan popular Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaharu  setelah kembali mencuri perhatian peminat pada awal tahun ini apabila muncul membuat persembahan dalam majlis Anugerah MeleTOP Era 2018.

Atas permintaan ramai,  kumpulan yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini kini muncul dengan lagu baharu berjudul Seperti Mereka yang dihasilkan khas untuk peminat setia Ruffedge yang merindui karya terbaru daripada mereka

Masih mengekalkan genre muzik R&B dan hip hop, lagu baharu yang mengangkat tema cinta ini dicipta sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

Lagu Seperti Mereka juga boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music di https://wmm.lnk.to/sepertimereka

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!