RISE: INI KALILAH Gabung Pengarah & Pelakon Pelbagai Bangsa

Filem memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat. Apatah lagi, Malaysia kita hidup berbilang kaum.

Untuk itu, Web TV Asia menerbitkan filem Rise: Ini Kalilah yang berunsurkan perpaduan dan semangat satu Malaysia.

Filem yang bakal ditayangkan pada Hari Malaysia iaitu 16 September depan ini amat unik kerana menggabungkan  barisan pelakon berbilang Bangsa iaitu Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia. 

Tidak hanya pelakon, barisan pengarah juga juga dari pelbagai bangsa. Siapa lagi kalau bukan pengarah hebat Nik Amir Mustapha yang popular dengan filem Terbaik Dari Langit, Saw Teong Him (Puteri Gunung Ledang) dan Prem Nath (Vere Vazhi Ille). 

Menurut salah seorang rakan pengarah, Nik Amir meluahkan bangganya mengarah filem berunsurkan perpaduan ini.

Katanya, “Cerita mengenai rakyat Malaysia di luar negara berganding bersama mengharungi pelbagai dugaan dan akhirnya berjaya mengirim  balik undi pos ke tanah air. Ini membuatkan semangat saya berkobar-kobar. 

“Menjadi sebahagian daripada filem patriotik ini sesuatu yang istimewa buat saya.

“Selain itu, penggambaran kami di London dengan Mira Filzah Kali ini nyata memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan dan sangat memberi erti dalam kerjaya saya sebagai pengarah.”

“Dekat Dengan Masyarakat” – REMY ISHAK

Pelakon kacak Remy Ishak mengaku seronok bawa watak polis. 

Katanya, “Saya bawa watak polis yang sememangnya mempunyai tanggungjawab sosial yang besar. Dalam masa yang sama, watak ini sangat dekat dengan masyarakat kita yang berbilang kaum. 

“Walaupun saya memegang watak tunggal dalam filem ini dan terasing dengan pelakon-pelakon lain, tetapi saya masih boleh merasakan semangat keakraban antara semua yang terlibat.

Remy Ishak

“Apa yang istimewa, sebelum ini saya tidak berpeluang bekerja dengan Saw Teong Hin. Kali ini saya dapat bekerja di bawah pengarahannya dalam filem Rise: Ini Kalilah.” 

Manakala pelakon cantik Mira Filzah pula menganggap ini satu penghargaan buatnya.

“Ini adalah kali pertama saya bekerja dengan Web TV Asia. Ia satu pengalaman berharga apabila menjadi sebahagian daripada filem yang berunsurkan perpaduan pelbagai bangsa di nega Kita.” Katanya yang berharap semua lapisan masyarakat menyokong filem ini.

Mira Filzah

Sementara itu, barisan pelakon lain yang turut terlibat adalah Datuk Jalaludin Hassan, Yana Samsudin, Tony Eusoff, Sweet Qismina, Pushpa Narayan, Remon Lim, Moon Yoong, Frederick Lee dan Sharifah Sakinah.

Tidak ketinggalan juga pelakon yang tak kurang hebatnya iaitu Mark O’Dea, Mustaqim Bahadon, Thangamani, David Anthony, Azman Hassan, Steve Yap dan Hao Ren.

Filem yang menelan kos sebanyak RM 2 juta ini mengisahkan kehidupan rakyat yang berganding bahu demi matlamat yang sama iaitu sayangkan negara.

Menerusi enam cerita individu yang saling berkait, ia menggambarkan suasana sebelum berlangsungnya pilihan raya umum yang terpenting dalam sejarah Malaysia. 

Lagu tema filem ini yang berjudul Sejahtera nyanyian Datuk Sheila Majid juga membuatkan jiwa kita tersentuh apabila mendengarnya.

Jadi, jangan lupa tonton beramai-ramai filem Rise: Ini Kalilah pada 16 September ini. 

Teruskan layari www.urtv.com.my dan belilah Majalah URTV ya!

Foto: ZULHILMI ZAINI

Tonton trailer filem Rise: Ini Kalilah

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!