PRIMAVALET Lancar Koleksi Raya Eksklusif Sempena Lebaran 2018

Hub fesyen terbesar Malaysia, Primavalet telah melancarkan Koleksi Raya 2018 dalam satu acara gilang gemilang yang berlangsung di Hotel The Majestic Kuala Lumpur pada 25 April 2018 lalu.

Majlis yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Elfira Loy dihadiri seramai lebih 800 tetamu yang terdiri daripada tetamu-tetamu kehormat, selebriti tanahair, pelanggan tetap Primavalet, ejen, personal shoppers dan ramai lagi.

Bertemakan glam lebaran, koleksi raya ini ternyata mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah yang pastinya menawan hati semua tetamu yang hadir.

Pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail

Menghimpunkan lebih daripada 126 model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ioni dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi PrimaValet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Antara koleksi yang diperagakan pada malam tersebut termasuk baju Melayu, kurta, baju kebaya, baju kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon family dan juga himpunan koleksi baju kurung berasaskan fabric saree yang begitu memukau mata tetamu yang hadir pada malam tersebut. Semua busana yang diperagakan akan mula dijual di seluruh cawangan PrimaValet bermula pada bulan Mei 2018.

Koleksi raya ini adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuqan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari PrimaValet sendiri iaitu PV Man, PV Women dan PV Kids. Selain daripada jenama ini, koleksi-koleksi jenama seperti Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua outlet Primavalet sempena hari raya nanti.

Turut mencuri perhatian apababila Primavalet memperkenalkan barisan duta 2018 yang digelar ‘Star of Primavalet’ yang menampilkan barisan selebriti antaranya Nabila Razali, Zul Arifin, Alif Satar,Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

Barisan bintang yang cukup gah ini pasti mampu menarik lebih ramai pelanggan baharu dan lama untuk membeli-belah di Primavalet sama ada di oulet mahu pun di atas talian.

Menurut Pengarah Urusan Primavalet, Dr.Arshad, pemilihan selebriti dilakukan secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan Primavalet dan jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

“Untuk Syawal kali ini, Primavalet akan melancarkan lebih daripada 70 koleksi dan rekaan daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ini adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

“Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga yang sukakan konsep sedondon di pagi Syawal,” ujar Dr. Arshad.

Bagi yang berminat boleh dapatkan Koleksi Primavalet Raya 2018 di semua cawangan Primavalet secara berperingkat bermula 1 Mei ini sehingga 1 Ramadan. Selain itu, anda juga boleh dapatkan secara atas talian di www.primavalet.com dan juga melalui ejen serta personal shopper rasmi Primavalet.

Gambar: Nasirruddin Yazid



URTV
News Reporter