Pembantu Rumah SHEILA MAMBO Buat Hal

“INGATKAN boleh diharap ambil orang kita jadi pembantu rumah, rupa-rupanya kaki rembat”. Itulah luahan hati pelakon Sheila Mambo apabila kepercayaan yang diberikan kepada pembantu rumahnya dikhianati.

“Pembantu rumah lama dah berhenti kerja selepas sambut raya hari tu, jadi buat sementara waktu, saya dapatkan pembantu yang baru.

“Mula kerja tu saya tak ada masalah…cuma rasa ada sesuatu macam tak kena apabila dia selalu bagi alasan datang bulan, tak boleh solat.

“Saya disuruh beli tuala wanita…saya beli dan bagi. Peliknya, datang bulan tu lama benar.

“Sesudah 20 hari kerja , dia minta nak balik kampung…saya pun okey izinkan sebab dia cakap nanti nak balik ke sini semula.

“Dia mula kerja bulan lepas. Waktu mula datang dah nampak macam tak boleh buat kerja.

“Saya kena bagitahu apa nak kena buat. Saya tak berkira soal makan dan minum.

“Gaji saya dah setuju boleh bayar RM1000 lebih sebulan, tapi semakin hari semakin dia membimbangkan sebab kerja tak memuaskan.

“Bila dia nak balik kampung, saya tengok…beg yang dibawa datang hari tu sarat dan berat.

“Saya fikir dia bawa balik baju-baju dan kain tudung yang saya bagi, saya ada tanya apa yang penuh, dia cakap baju.

“Bila dia dah balik kampung dia …beberapa hari lepas, saya terperasan iphone saya ghaib, telefon ayah kawan saya yang tertinggal pun hilang malah jam tangan saya hilang.

“Memang geram…bila call anak dia, dia cakap nanti saya kena bagi lagi duit untuk ibunya buat tambang nak balik kerja.

“Asyik duit saja kena keluar, hasil kerja tak puas hati…namun saya redha tak buat report . Saya pasrah dengan dugaan ni tapi saya harap tak berjumpa dia lagi.

Sheila Mambo terkejut orang gaji pun pandai berlakon, suruh solat cakap datang bulan. Bila periksa bilik, tuala wanita dibeli untuknya, disimpan tak berguna pakai.

“Lepas ni kena ingat, bukan semua orang susah yang kita nak tolong, berniat baik. Ada yang rupa-rupanya mengambil kesempatan dan menipu.

“Apa yang kena pada saya ni jadikan pengajaran, supaya esok dan lusa tidak terpedaya lagi dengan lakonan orang macam ni,” dakwa Sheila bercerita.

Beliau masih aktif berlakon drama dan berniaga makanan di hujung minggu, punya tanggungjwab terhadap dua orang anak perempuannya. Sheila sudah lama berstatus ibu tunggal.

Pelakon drama popular Andainya Takdir ini, berharap semua orang perlu berjaga- jaga kalau hendak mencari pembantu rumah.

“Jangan jumpa yang hebat berlakon seperti yang dah masuk bekerja tak sampai sebulan dan buat kita kecewa memikirkan barang yang hilang.

“Nak atau tidak, saya kena cari pembantu rumah lain. Kalau pergi shooting siapa nak jaga anak yang 11 tahun? Yang kakaknya, di asrama,”akuinya.

Diharapkan masalah hendak mendapatkan pembantu rumah yang baru, akan selesai dalam masa terdekat.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!