Pelakon NURIN MISHA Meninggal Dunia

Pelakon, Nur Amisah Abdullah atau Nurin Misha, 52, telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 9.30 pagi di rumahnya akibat sesak nafas.

Menurut anak beliau arwah disahkan tidak sedarkan diri awal pagi ini dirumahnya di Jalan Ipoh namun apabila pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah tiada.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kg Batu Jalan Ipoh untuk urusan mandi dan solat jenazah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko Jalan Kuching.

Arwah Nurin Misha meninggalkan 5 orang anak dan seorang suami. Beliau telah banyak berlakon didalam drama-drama tempatan dengan pelbagai watak yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Pasti peminat akan merindui beliau. URTV mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Nurin dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!