Kolaborasi PUMA x SANTA CRUZ Sempena Ulang Tahun ke-50 PUMA Suade

Puma berkolaborasi dengan jenama skate, Santa Cruz untuk model Puma Suede 50 sempena sambutan ulang tahun ke-50 model popular kasut keluaran Puma itu.

Menerusi kolaborasi tersebut, kasut yang ditawarkan dalam warna hitam, merah dibahagian dalam dan tapak berwarna perang itu memaparkan lukisan ‘The Screaming Hand’ yang direka oleh Jim Philips Sr. pada tahun 1985 yang sangat sinonim dengan Santa Cruz pada bahagian tumit setiap sisi kasut.

Manakala jalur ikonik Puma masih kekal dengan corak menggambarkan gelombang bunyi dan adrelin berwarna merah.  Pada lidah kasut pula terdapat logo Puma dan Santa Cruz.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan Puma Suede 50 x Santa Cruz di penjual rasmi Puma serta butik Puma di KLCC dan Sunway Pyramid atau secara atas talian diwww.puma.com pada 26 Julai ini. Kasut istimewa ini dijual pada harga RM481.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!