“Saya Tak Peduli Lagi!” – IFA RAZIAH

TAK perlu fikirlah fitnah, aib dan mulut celupar orang kerana bukan mereka yang tentukan rezeki kita.

Itu pendirian penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan kecantikan, IFA RAZIAH, berazam tak mahu lagi melayan , peduli atau memikirkan kontroversi melandanya sebelum ini.

“Kalau ada yang nak cari gaduh dengan saya ….maaflah, saya tak mahu melayanlah!

“Peristiwa akhir tahun lalu dan awal tahun ini, saya difitnah, diaib dan dicaci sesuka hati oleh orang (artis) tu…tak buat saya rebah. Saya makin sibuk dalam dunia hiburan.

“Alhamdulillah ada hikmah disebalik malu dan sabar kerana sikap orang. Syukur show sana sini tak putus dan business produk syarikat saya menjadi tambah untung.

“Produk syarikat saya (Divas Secret) laris, terutama minuman langsing badan, SolidMolid.

“Alhamdulillah…tak nak cakap besar…tapi kalau nak tanya di mana saya setelah jadi artis selama ni….hasilnya, rumah saya dah dua ….kereta tiga, akan bertambah. Kereta baru BMW bukan second hand…duit simpanan pun ada.

“Dari segi kehidupan…saya ada suami…ada zuriat…sihat walafiat syukur…pendek kata….bahagia hidup.

“Maka, saya nak beritahu…jangan mereka yang seronok aibkan saya … fikir berjaya bagi noktah terhadap karier saya ya!

“Sesungguhnya dengan sabar…Insya Allah …diganti rezeki melimpah ruah. Yang buat fitnah seronok aib orang tu? Tanggunglah dosa…ya?,”katanya.

Hilang 25kg (dari 80kg) bukan kerana mulut orang tetapi produk Solidmolid keluaran syarikatnya, Divas Secrets

“Saya nak terus berkarya, bekerja dan berjaya. Tak mahu pusing belakang untuk merisaukan diri, memikir iri dengki orang. Saya nak ambil yang positif untuk terus kekal sukses. Dan…sekarang , berhati hati berkawan.

“Terima kasih peminat dan semua tang menyokong saya dari dulu sampai sekarang,” azam Ifa Raziah.

Tahniah, kini bukan sahaja makin cantik tapi Ifa antara artis yang ligat maju dalam karier dan perniagaan.
Semoga langkahnya terus panjang untuk meraih impian lebih besar

Ikuti lagi cerita panas dan menarik Ifa tentang pengakuannya tentang hal lain dalam majalah URTV akan datang.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!