BABY SHIMA lancar muzik video INI CINTA malam ini, tapi kenapa dia bersedih?

PENYANYI Malaysia yang semakin laris di Indonesia, Baby Shima, 25, akan melancarkan muzik video lagu terbarunya berjudul Ini Cinta  di saluran YouTube nartvnetwork (NAR Records) pada jam 9 malam ini (13 April 2018).

Lagu ciptaan sepenuhnya Manusia Putih ini adalah projek khas antara Baby Shima dan NAR Records.

Baby Shima bersedih kerana orang tersayang

Cerita Baby Shima, “Terima kasih kepada NAR Records kerana sudi memberi peluang kepada Shima untuk merakamkan lagu Ini Cinta.

“Lagu Ini Cinta mengisahkan bagaimana perasaan kita apabila kehilangan orang yang kita sayang. Tentunya rasa perit dan sedih kan?

“Jadi, dalam muzik video ini Shima banyak menjiwai watak sedih. Semasa di lokasi penggambaran muzik video, tak dinafikan Shima terbawa-bawa rasa sedih itu keluar lokasi kerana terlalu hayati watak gadis yang kehilangan orang tercinta.

“Kehilangan seseorang yang tersayang tu, bukanlah kekasih sahaja. Mungkin juga ada antara kita kehilangan ahli keluarga dan teman rapat.

“Selama ini, Shima merakamkan lagu-lagu rancak dan dangdut, inilah kali pertama shima membawakan lagu pop balada. Penjiwaannya sangat berbeza dari genre lain.

“Kepada peminat-peminat di luar sana, jangan lupa tonton muzik video Ini Cinta pada jam 9 malam ini ya! Nanti undi lagu ni di carta-carta radio ya!”

Baby Shima sedang melihat hasil lakonannya bersama pengarah video muzik, Mell Ramli (kanan) dari Mrec production dan jurumekap Jib Salim (tengah)

Tak sabar tunggu jam 9 malam ini. URTV doakan lagu Ini Cinta mendapat sambutan yang bagus. Amin….

Teruskan layari www.urtv.com.my dan beli Majalah URTV.

 

Video sebalik tabir muzik video Ini Cinta – Baby Shima

Ruang komen

Please enter banners and links.

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!