AZNIL Dan Anak Bongsu Sertai Lola Baba Kids Festival

Karakter comel dua ekor biri-biri, Lola dan Baba membawakan festival kanak-kanak terbesar di Malaysia iaitu Lola Baba Kids Festival. Bakal diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, ia dijangka menarik kehadiran kira-kira 300,000 pengunjung.

Lola Baba Kids Festival dianjurkan oleh Eventious Global Sdn Bhd dengan kerjasama Binsabi Event Solution yang julung kali diadakan menyasarkan ibu bapa dan anak berusia 18 tahun ke bawah. Festival ini tentu memberikan pengalaman yang begitu berbeza berbanding seumpamanya yang pernah diadakan.

Pelbagai program dan aktiviti menarik yang disediakan untuk mencipta keterujaan sekaligus menggandakan kegembiraan terutamanya kanak-kanak iaitu buih gergasi, belon udara panas, sand art, permainan virtual, bouncing castle, petting zoo, pony ride, fun run, memanah, paintball dan lain-lain lagi.

Lola Baba Kids Festival menampilkan Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai duta rasmi Lola Baba. Festival ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan seperti Amir Raja Lawak dan pasangan Khai Rosma serta Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor termasuklah karakter animasi seperti Omar Hana dan Didi & Friends bagi menyerikan program itu.

Festival kanak-kanak terbesar di Malaysia ini dianjurkan oleh Eventious Global Sdn Bhd dengan kerjasama Binsabi Event Solution.

Festival ini turut mengadakan beberapa aktiviti seperti persembahan kebudayaan, pencarian bakat cilik, forum keibubapaan, persembahan seni mempertahankan diri, pertandingan catur, pertunjukan fesyen bayi, perjumpaan pasangan kembar Malaysia dan banyak lagi.

Terdapat empat zon disediakan iaitu Zon A, kawasan yang dilengkapi dengan penyaman udara dengan 260 ruang niaga disediakan di bahagian ini. Zon B pula kawasan yang dilengkapi dengan khemah Arabian yang menempatkan sehingga 152 ruang niaga. Sementara itu, Zon C merupakan ruang untuk gerai makanan termasuklah trak makanan. Manakala Zon D adalah ruang untuk permainan luar.

Lola Baba Kids Festival 2018 telah menarik sokongan ramai penaja iaitu Champs, Pipipau, Siti Khadijah dan Grolier manakala rakan strategik LoLa Baba iaitu Tateh, Yons, Kenny Rogers Roaster, Eiman Kids, Nedya, Kids Project, Susu Irfan, El Zahraa Kids, PantangPlus, Little Dariena, Si Chomel Lily, Chak2baby, House of Kambing, Susu Irfan, Dhaka Teh Ais, Aiskrim Kedadih, Coway, Bondahaven, Laman Khaira, Axpic, Villapria, HAS Production, HF Consultant, Mibsstudio, EduAsia, Ampac, SFA, Siffra, Ansara, Zawra, UPM dan
UKM.

Antara para penaja yang terlibat dalam Lola Baba Festival 2018.
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!