FASHA SANDHA, IZZUE ISLAM Dan PU AZMAN Ikon Ubat Gigi AURA WHITE

Jenama produk kesihatan dan kecantikan popular, Aura White telah melancarkan produk terbaharu iaitu ubat gigi Aura White di restoran Meet & Dine petang semalam.

Produk baharu keluaran Aura White Global Sdn. Bhd. ini ditawarkan dengan tiga variasi iaitu Aura White Whitening HD Bright & Shine, Aura White Coconut Charcoal dan Aura White Kayu Sugi Premium.

Pada majlis tersebut turut diperkenalkan ikon Ubat Gigi Aura White iaitu Fasha Sandha, Izzue Islam dan PU Azman.

Menurut pengasas Aura White, Datin Furyna Azmeer, ubat gigi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu Aura White memilih untuk mengeluarkan ubat gigi Aura White sebagai produk terbaharu mereka.

“Kami telah menjalankan kajian dan penyelidikan selama setahun sebelum memperkenalkan ubat gigi Aura White yang  diformulasikan menggunakan teknologi terkini.

“Aura White Whitening HD Bright & Shine mengandungi MicroCalcium dan khasiat minyak argan yang membantu dan juga membersihkan serta memutihkan gigi. Aura White Coconut Charcoal pula menggunakan teknologi terkini menggabungkan arang dan kelapa manakala Aura White Kayu Sugi Premium gabungan teknologi moden dan tradisional yang menggunakan kayu sugi dan daun sirih premium berkualiti tinggi.

tidak menggunakan bahan-bahan yang mengandungi chemical dan .

“Ada sesetengah produk pemutihan gigi dalam bentuk ubat gigi mempunyai bahan kimia untuk memberikan kesan dengan pantas. Bahan-bahan itu tidak bagus kerana ia akan menghakis gigi.

“Produk ubat gigi Aura White tidak menggunakan atau mengandungi sebarang bahan-bahan kimia. Kami baharu sahaja menerima pengiktirafan Halal daripada Jakim. Jadi ubat gigi Aura White selamat digunakan tanpa was-was.

“Selain itu, produk ini akan dijual dengan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti setanding produk antarabangsa,” ujar Datin Furyna semasa majlis pelancaran ubat gigi Aura White.

Tambah Datin Furyna, pemilihan Fasha, Izzue dan PU Azman sebagai ikon ubat gigi Aura White adalah kerana mereka bertiga adalah calon selebriti yang sangat sesuai kerana amat menitik beratkan penjagaan gigi dan mempunyai gigi yang cantik.

“Dalam memilih ikon produk terbaharu ini, Aura White perlu memastikan ikon yang dipilih sesuai dengan produk ubat gigi Aura White. Ketiga-tiga ikon ini mempunyai kriteria tersebut untuk membantu mempromosikan produk ubat gigi Aura White dengan lebih meluas lagi,” kata Datin Furyna lagi.

Produk Ubat Gigi Aura White akan boleh didapati di stokis dan agen Aura White serta di pasaraya-pasaraya tidak lama lagi.

Layari www.aurawhite2u.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian produk Aura White.

Foto: ZULFAIZ ZAKARIA

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!