Artis Popular Bakal Meriahkan Program GEMPAK MERDEKA Taman Tema Air BANGI WONDERLAND

Sempena cuti sekolah dan bulan kemerdekaan ini, taman tema air Bangi Wonderland menganjurkan program Gempak Merdeka bermula 18 hingga 26 Ogos ini.

Sepanjang program berlangsung terdapt pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dijalankan seperti persembahan artis popular seperti Aishah, Ella, Tomok, Achey, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Hazama dan Black.

Menurut Pengurus Besar Bangi Wonderland, Steven Chang, objektif program Gempak Merdeka diadakan adalah untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mempromosikan semangat muhibah dan perpaduan di Bangi Wonderland.

“Selain dapat menikmati tarikan permainan yang ada disini, pengunjung dapat juga berhibur dengan persembahan istimewa oleh artis-artis popular yang dibawakan oleh Nico G Entertainment.

“Barisan artis yang akan membuat persembahan adalah artis lama dan juga baru.  Ini bermakna bukan sahaja anak-anak dapat melihat artis kegemaran mereka malah ibu bapa juga dapat berhibur mendengar persembahan artis kegemaran mereka.

“Persembahan artis akan bermula pukul 12.00 tengah hari ke atas pada 18 Ogos 2018 (Aishah dan Ella) manakala pada hari berikutnya iaitu pada 19 Ogos 2018 (Tomok dan Achey), 25 Ogos 2018 (Sufian Suhaimi dan Nabila Razali) dan 26 Ogos 2018 (Hazama dan Black), persembahan akan bermula 2.00 petang ke atas.

“Diharap program Gempak Merdeka ini akan memberi suntikan tambahan dan lebih berharga kepada pengunjung sepanjang program dan secara tidak langsung mempromosikan Bangi Wonderland sebagai destinasi pelancongan di Selangor yang menawarkan aktivit rekreasi santai untuk pengunjung, kata beliau semasa majlis pelancaran program Gempak Merdeka pagi tadi.

Selain beriadah sambil berhibur, terdapat juga aktiviti sukan rakyat seperti sepak raga, teng teng dan banyak lagi diadakan untuk menambah lagi kemeriahan sepanjang program Gempak Merdeka.

Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang beriadah bersama keluarga di Bangi Wonderland yang menawarkan pakej harga promosi sepanjang Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut layari laman web www.bangiwonderland.com.my atau ikuti laman Facebook : Bangi Wonderland Themepark & Resort atau Instagram: @officialbangiwonderland

Foto: NOREEZA HASHIM

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!