AMIRUL HAFIZ cinta hati AIN EDRUCE

ALHAMDULILLAH… URTV tengok berseri-seri sungguh wajah pelakon, model dan pengacara cantik Ain Edruce ni. Maklumlah… Orang sedang bahagia dilamun cinta kan?

Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce melahirkan rasa gembiranya apabila abang sayangnya Amirul Hafiz membuat kejutan memberi sejambak bunga ros merah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 27 pada 4 Ogos lalu.

Ain yang menerima kejutan sehari selepas ulang tahun kelahirannya itu menyifatkan Amirul seorang yang sangat istimewa dalam hidupnya sekarang.

Cerita Ain Edruce, “Ain sudah enam bulan kenal Amirul, tetapi hubungan kami menjadi serius (bercinta) dalam empat bulan. Kalau boleh Ain tak mahu istilahkan hubungan ini sebagai kekasih. Rasanya lebih selesa disebut sebagai pasangan yang masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Dia seorang lelaki yang sangat baik, caring, bertanggungjawab dan membuatkan Ain selesa setiap kali bersamanya.

“Sebenarnya sudah lama Ain bersedia nak ada hubungan seperti ini. Memang bersedia untuk bercinta, tapi Ain pelik dan tertanya-tanya kenapa tak ada lelaki yang berani pikat Ain?

“Mungkin disebabkan inilah Ain bertemu dengan Amirul akhirnya,” luah Ain Edruce yang mula mengenali Amirul melalui laman social instagram.

Amirul membuat kejutan memberi sejambak bunga ros merah sempena ulang tahun kelahiran Ain baru-baru ini

Sambungnya, “Percaya atau tidak itulah hakikatnya. Hati Ain tiba-tiba terdetik nak bagi peluang kepada Amirul untuk kenal dengan lebih dekat.

“Sebelum ini Ain memang tidak percaya perkenalan melalui instagram atau mana-mana laman sosial lain. Bagi Ain mungkin hubungan sebegini takkan menjadi

“Nak dijadikan cerita, Ain pula yang terkena. Iyalah… Kadang-kadang kita tak jangka di mana kita boleh kenal orang kan. Di mana-mana pun kita boleh kenal sesiapa tanpa kita duga. Nasib Ain baik kerana kenal orang baik (Amirul) di media sosial. Dia seorang lelaki yang jauh berbeza daripada Ain.

Ain Edruce

“Selain itu, perbezaan perwatakan kami juga sebenarnya membuatkan kami serasi. Ain ni jenis yang bising-bising, dia pula pendiam dan lembut je. Kalau di hadapan orang lain dia akan diam saja, tapi bila berdua dengan Ain, bukan main lagi dia bergurau tau!

“Apa-apa pun Ain rasa seronok sangat kenal dengan orang yang berbeza kerjaya dan perwatakan.”

Begitulah cerita Ain Edruce yang URTV lihat boleh pergi jauh dalam kerjayanya sekarang.

Ain juga mempunyai bisnes kosmetik sendiri iaitu Maebeaut yang terdiri daripada gincu dan countour.

Sebelum ini Ain popular dengan watak Rose dalam siri drama Kekasih Paksa Rela (TV3). Dia juga popular sebagai pengacara untuk rancangan Mad Market, MBuzz, Girls Only dan Kaki Makan.

URTV doakan Ain Edruce terus sukses dan bertemu jodoh dengan Amirul Hafiz ya!

Foto: Instagram @ainedruce

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!