ALYAH Muncul Dengan Muzik Video Rasmi Single JUTAAN PURNAMA

Penyanyi popular, Datin Alyah Abu Hassan atau mesra disapa Alyah kini muncul muzik video rasmi single terbaharu beliau berjudul Jutaan Purnama dan boleh di tonton di saluran Warner Music Malaysia.

Muzik video yang telah menjalani penggambaran di Bala Resort Tanah Rata Cameron Higlands, Pahang itu turut menampilkan pelakon Remy Ishak.

Alyah berkata, lagu Jutaan Purnama ciptaan bersama Hael Husaini, Omar K dan Ezra Kong ini diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Alyah sendiri iaitu Like Music Entertainment dan Warner Music Malaysia itu merupakan sebuah lagu yang sarat dengan emosi. Antara rasa cinta, rasa rindu dan rasa takut akan kehilangan orang yang tersayang.

“Saya suka dengan permainan emosi dalam lagu ini. Mesej dalam liriknya pun sangat jelas. Seumpama luahan rasa seorang wanita yg diuji dengan sangat hebat. Setianya dia menanti di sisi insan yang disayangi dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Salah satu babak dalam muzik video rasmi Jutaan Purnama yang turut menampilkan pelakon Remy Ishak

“Ini adalah hadiah saya untuk peminat. Alhamdulillah sejak versi penuh lagu ini dilancarkan, peminat rata-rata memberikan reaksi positif. Semoga ia memberi permulaan yang baik untuk kerjaya seni saya pada tahun ini,” kata Alyah yang berharap lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar.

Sebelum ini, lirik video lagu berentak balada yang mengangkat tema dugaan, ketaatan, ketabahan dan harapan seorang wanita itu telah pun dimuat naik di saluran Youtube Like Music Entertainment dan sudah pun mencecah lebih 200,000 tontonan sejak 10 Januari 2018 lalu .

Lagu Jutaan Purnama boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes semenjak 6 April 2018 lalu.

Jom tonton muzik video rasmi Jutaan Purnama oleh Alyah ini!

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!