Abang sado ajak seks, KELLY AZMAN rimas!

PENGACARA dan penyanyi Kelly Azman mengaku kurang selesa apabila perwatakan lembutnya disalah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu. Kelly terkejut apabila ramai lelaki mengajaknya mengadakan hubungan seks, siap tanya berapa harga ‘servis’.

Katanya, kehadirannya dalam industri dengan niat yang baik mahu mencari rezeki halal. Bukannya ‘menjual’ tubuh tetapi bakat yang dipertaruhkan.

Cerita Kelly yang sedang popular dengan lagu No No No, “Saya akui penampilan saya agak kelihatan lembut. Tetapi itu tidak bermaksud saya ni menyukai lelaki.

“Semenjak muncul dengan video muzik lagu saya berjudul No No No, ramai lelaki yang direct message di laman sosial mengatakan saya nampak cute. Terima kasih kalau betul itu yang mereka maksudkan.

“Namun apa yang membuatkan saya rimas apabila ramai lelaki yang ajak saya mengadakan hubungan seks sejenis. Yang tak tahannya, ada yang nampak seperti lelaki sejati, abang sado (sasa) tetapi ajak saya ke ranjang. Macam mana tu?

“Kalau sekali, dua kali tu… saya anggap ‘godaan’ itu hanya gurauan semata-mata. Saya tak kisah dan maafkan mereka.

“Tapi kalau dah banyak kali sehingga mendesak, siap tanya berapa harga ‘servis’, saya naik rimas dan marah.

“Walaupun saya lembut, itu tidak bererti saya orang macam tu (lakukan hubungan sejenis).

“Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan kenyataan saya. Saya Cuma cakap apa yang benar tentang pendirian saya. Tidak bermaksud menyindir sesiapa pun.”

Luah Kelly yang berharap penglibatannya dalam industri seni tidak disalah anggap. Haa… Kepada lelaki yang suka goda Kelly tu, henti-hentikanlah ya! Berkawan tak salah, tapi janganlah sampai memaksa untuk melakukan perkara yang tidak disukainya.

Sanggup berhabis duit demi lagu NO NO NO

Kelly akui perjalanannya sebagai penyanyi tidaklah selancar penyanyi-penyanyi lain. Namun, demi minat terhadap nyanyian, dia berusaha kumpul duit untuk muncul dengan lagu sendiri.

“Kos buat lagu bukannya murah. Tambah pula dalam keadaan ekonomi negara yang kurang baik. Disebabkan ini, saya sedar bukan semua syarikat rakaman sanggup keluarkan duit untuk seseorang penyanyi muncul dengan lagu baru.

“Saya tidak pernah terkilan dengan situasi ini kerana saya sedar setiap orang perjalanan kerjayanya berbeza-beza. Saya tak boleh harapkan orang lain untuk bayar kos lagu saya.

“Lagu baru saya berjudul No No No (Tidak Tidak Tidak). Walaupun lagu diterbitkan dengan bajet saya sendiri, saya bersyukur syarikat Indigital Music banyak membantu saya dalam mempromosi lagu ini.

“Lagu ini mengisahkan percintaan jarak jauh pasangan bercinta. Bila dah jauh tu, macam-macam yang difikirkan. Dalam masa yang sama, timbullah rasa cemburu, kurang percaya dan ragu-ragu dengan pasangan sendiri.

“Jadi lagu ini merupakan luahan kekasih kepada pasangannya agar jangan sesekali curang. Setialah selalu walaupun tidak selalu bertemu.”

Cerita Kelly yang tidak kisah malah menerima segala kritikan.

“Saya tahu, ada yang mengkritik hebat nyanyian saya. Terima kasih. Kalau nak tahu, saya bukannya cari rezeki melalui nyanyian semata-mata.

“Saya banyak undangan untuk emcee atau pengacara, tapi disebabkan ramai yang minta saya menyanyi juga dalam acara mereka, maka saya muncullah dengan lagu sendiri,

“Iyalah… saya selalu muncul dengan lagu orang lain. Apa salahnya menyanyikan lagu sendiri pula kan?”

Begitulah cerita Kelly Azman yang pernah muncul dengan lagu Kepulangan Di Hari Raya.

URTV doakan Kelly terus sukses dan berjaya mencapai impian ya! Amin…

Teruskan layari www.urtv.com.my dan beli majalah URTV ya!

Foto: NOOR AZLINA OTHMAN

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!